Bahaya Sengugut
Gejala sengugut hanya dialami oleh sesetengah wanita dan ada yang tidak mengalaminya. Antara gejala yang dirasai adalah rasa mual, sakit kepala, kembung perut dan sebagainya sepanjang tempoh ‘datang bulan’ atau haid.Pengaliran haid bagi setiap wanita adalah berlainan dari segi jumlah hari aliran dan juga kitarannya.
APA ITU SENGUGUT ?
Sengugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ia mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali haid. Bagi sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.
PUNCA-PUNCA SENGUGUT ?
1. Senggugut primer (primary dysmenorrhoea)
Kesakitan yang dirasai biasanya akibat daripada berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur.
2. Senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea)
Ia berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal.Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelviks.
Kebiasaanya, sebelum kedatangan haid sesetengah wanita mungkin mengalami Simtom Pramensus (PMS), seperti :
- Tegang pada payudara.
- Pening kepala .
- Rasa seperti hendak pitam.
- Perut kembung.
- Mual dan muntah.
- Sembelit atau cirit-birit.
- Tekanan emosi, letih, muram dan cepat marah.
- Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancar sakit pun akan hilang
Cara menghilangkan sengugut
Petua orang-orang lama :
Pengambilan Nurlife Sari Wanita