Sari Wanita HQ
  • Utama
  • Blog
  • Galeri
  • Tentang Kami
  • Testimoni
  • FAQ's
  • Hubungi Kami

Panduan mudah hamil

April 16, 2018 at 10:02 am, No comments
Dipetik dari blog Dr Hamid Arshat, pakar kesuburan, berikut adalah berberapa panduan mudah hamil bagi mereka yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat.

  • Bagi kaum wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Terbukti bahawa wanita paling subur sebelum berumur 20 tahun. Ketika umur belum memasuki 20 tahun, masalah endometriosis, fibroids dan lain lain penyakit peranakan masih belum ada. 
  • Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepatnya untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.
  • Pastikan status kesihatan suami isteri adalah baik. Buat rawatan jika ada penyakit.
  • Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.
  • Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isterii teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan dengan membuat catatan kitaran haid dan menggunakan ovulation test kit (OPT)
  • Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.

Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan  . Panduan doa.

Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.

Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

  • Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan.

Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.

Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.

Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.

Baca quran 2-3 muka setiap hari.

Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

  • Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.
  • Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum jus segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan
  • Makan supplement multivitamins, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
  • Prosedur2 ujian menghasilkan kehamilan.

Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.

Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.

Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 - 30 % kehamilan.

Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sam hasilnya.

IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi  RM15 - 20 K.

Pembedahan2 laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit - cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 - 60% kehamilan dalan jangka panjang.


No comments

Leave a reply







Recent Posts

  • Keputihan normal vs tidak normal
    16 May, 2018
  • Bahaya Sengugut
    3 May, 2018
  • Manjakani menyuburkan RAHIM
    30 Apr, 2018
  • HAID TIDAK TERATUR
    25 Apr, 2018
  • Cakna Bahaya Keputihan
    23 Apr, 2018
  • Bahaya HAID TAK TERATUR
    19 Apr, 2018
  • DERITA SENGUGUT
    19 Apr, 2018

Ikhtiar rawatan masalah dalaman wanita

Rawat masalah sengugut, keputihan, haid tidak teratur, sukar hamil menggunakan herba tradisional yang terjamin keselamatannya. Hubungi kami untuk maklumat lanjut :

http://www.wasap.my/60109690039

http://www.wasap.my/60179892724

http://www.wasap.my/60166307818

http://www.wasap.my/60173418858

Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more